pengukir mimpi itu dari korea utara.

post nih aku tujukan kat empat bestie aku yang bz macam menteri, mieza hashim dan bakal ibu hottie zarith sofia, akitek lari bidang zalikha, urban planner dari rusia, cik j :)



best sangat!

haven't u gals tried watching movie alone? it would be so much fun u know :) 
dah banyak kali aku buat..bila keluar wayang, mesti ade jer mata liar yg pada firasat aku tengah berkata "kau dah kenapa tengok wayang sensorang?" atau mungkin "dah tak de life sangat lah tuh" kekadang orang tak faham bahawasanya hidup ini bukan ditakdirkan bersama selamanya. mati akan sensorang dalam liang lahad tuh, so aku tak terasa hati pon dowh ape dieorang nak kata :p 

baik aku pegi tengok wayang sensorang dari rampas serpih orang dan tayang menayang tak tahu malu. lagi nak budget angelic turun dari syurga cinta. hakputuih. jijik.

orang juga tak faham kekadang satu memang lebih hebat dari dua, yang mana kalau satu mampu harung dunia sendirian memang insan tabah dari dua yang konon start from zero padahal rosakkan seluruh sistem perlembagaan dengan kapitalis songsang dan kebergantungan hidup dari sumber induk yang maha memberi. tak aku respek langsung.

lebih baik berlari solo dari terusan hidup atas harapan palsu yang dilukis si pengukir mimpi atau si tukang karut yang hanya pandai mengosok bola kristal meramal masa depan yang dia sendiri tak pasti apa berlaku tanpa sumber induk yang aku dok kata kat perenggan atas tadi. 

mereka yang jenis ini hanya fikir diri sendiri, tuding jari atas salah sendiri tak sedar empat jari menghala diri.

jangan beri harapan kalau tak mampu janjikan kebahagiaan. apa orang lain tak layak hepi?
terus ikat hidung macam kerbau lalu tarik sekuat hati..berlagak tuhan, menghukum manusia lain dengan mencemarkan ayat suci demi kejahilan diri

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan 

tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” 


sibuk akan perbuatan tangan orang lain, perbuatan tangan sendiri lupa nak kesah. "redha akan balasan nanti" kesian sepisis nih..yang tahu hukum tapi tak mahu lakukan, tak salah aku dalam islam dipanggil fasiq kan? kesian. moga tuhan buka mata dan hati mereka pada kebenaran.

orang tak faham kekadang satu lebih baik dari dua yang mana satu tak mungkin dilukai, tak mungkin tersakiti dan buat kau hilangkan diri. satu akan bawa kau pergi jauh lagi, tak akan ada siapa peduli atau akan bagi maki

persetankan si pengukir mimpi. 
mereka itu mungkin dari korea utara atau mungkin juga nazi,
yang datang memerangi untuk menguji kekuatan tembok hati.
apakah kuat menahan periuk api dan bom buatan sendiri?

jangan pernah kesal jika diri tidak dihargai, kesalkan jika diri kita yang tidak berharga. 
(pakar cinta)

buang karan menyesali pekara begini baik sesali diri supaya disayangi ilahi :)




Comments

Popular Posts