wanita, awasi pielonefritis !

salammmm :)


hari tuh aku tak cite lagi pasal penyakit aku kan..hurmm so ari nih aku nak bagi info sikit tentang pielonefritis atau dalam bahasa malaysia nyer jangkitan pada buah pinggang.


masa aku dimasukkan kat ward tuh aku ade gak tanye dokte ape sebab-sebab penyakit nih tapi dorg sebok nau sampai tak sempat nak terang kan kat aku..yang dorg cakap cume penyebab penyakit nih mungkin dari:
1. tahan kencing
2. quality air yg diminum tak bagus
3. penyakit nih biasanya pada wanita yang telah berkahwin, bila bakteria dari si suami dipindahkan kepada si isteri.


so untuk penerangan yang lebih mantap aku pun surf sendiri.





Jangkitan buah pinggang, atau dikenali secara klinikal sebagai pielonefritis, adalah sejenis jangkitan pada saluran kencing (ISK) yang boleh terjadi pada satu atau kedua-dua buah pinggang. Bakteria yang biasanya menyebabkan jangkitan buah pinggangyang masuk melalui uretra dan akan menuju ke pundi kencing dan buah pinggang. Keadaan ini boleh menyebabkan jangkitan pada mana-mana bahagian dari saluran kencing.
Kebiasaannya, urin akan menghapuskan bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan. Walaubagaimanapun, kadang-kadang bakteria yang tidak dihapuskan akan mula membiak dan akan menyebabkan jangkitan.


Jika jangkitan buah pinggang tidak dirawat, ianya boleh menyebabkan berlakunya kerosakan kekal pada buah pinggang dan boleh menyebabkan penyakit buah pinggang kronik. Dalam kes yang jarang berlaku, bakteria yang menyebabkan jangkitan boleh merebak ke dalam aliran darah. Hal ini boleh menyebabkan keadaan yang mengancam nyawa iaitu sepsis.


Apakah penyebab pielonefritis?
Bakteria kebiasaannya menyebabkan jangkitan pada buah pinggang. Keadaan ini terjadi ketika bakteria melekat pada pembukaan urethra dan mula membiak, akan merebak ke pundi kencing dan buah pinggang dan akan menyebabkan jangkitan.
Kemungkinan lain yang boleh menyebabkan jangkitan pada buah pinggang ialah:
  • Jangkitan pundi kencing
  • Pembedahan pada saluran kencing
  • Penggunaan jangka panjang kateter untuk mengalirkan urin dari saluran kencing
  • Penggunaan cystoscope untuk memeriksa pundi kencing dan saluran kencing
  • Keadaan perubatan seperti pembesaran prostat dan batu buah pinggang yang boleh menghalang aliran urin dari pundi kencing
  • Kecacatan atau kelainan pada saluran kencing yang menghalang aliran urin


Apakah tanda & gejala pielonefritis?
Bagi golongan dewasa yang mempunyai jangkitan buah pinggangboleh mengalami satu atau lebih dari tanda-tanda dan gejala di bawah:
  • Rasa sakit pada bahagian belakang, di tepi dan juga pangkal paha
  • Rasa sakit atau seperti terbakar ketika membuang air kencing
  • Sering rasa hendak membuang air kencing
  • kegagalan untuk buang air kencing jika ada halangan di saluran kencing
  • Urin berwarna keruh, gelap atau berbau busuk
  • Rasa mual dan muntah
  • Demam atau menggigil
  • Darah di dalam urin(hematuria)


Bagi kanak-kanak pula, mereka mungkin tidak dapat memberitahu anda sekiranya ada sesuatu yang tidak kena. Oleh itu, anda perlu memerhatikan sekiranya terdapat tanda-tanda jangkitan buah pinggang pada mereka, seperti:
  • Demam
  • Cerewet dan mudah tersinggung
  • Cirit-birit
  • Tidak mahu makan
  • Muntah
  • urin berwarna keruh atau berbau busuk
  • Darah di dalam urin


Bagi kanak-kanak yang lebih tua, tanda-tanda dan gejalanya seperti:
  • Rasa seperti terbakar ketika membuang air kencing
  • Sering membuang air kencing
  • Urin berwarna keruh atau gelap
  • Darah di dalam urin
  • Sakit punggung dan juga perut
  • Selalu kebasahan samada pada waktu siang atau malam


Siapakah yang berisiko terhadap jangkitan buah pinggang?
Jangkitan buah pinggang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Tetapi sesetengah individu lebih cenderung untuk mendapat jangkitan berbanding individu yang lain. Faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko anda mendapat jangkitan ialah:
  • Jantina : Wanita lebih berisiko mendapat jangkitan buah pinggang berbanding lelaki. Ini kerana urethra wanita lebih pendek dari lelaki. Bakteria akan lebih cepat merebak ke pundi kencing dan saluran kencing dan ini akan menyebabkan jangkitan buah pinggang. Selain itu, pembukaan urethra wanita lebih dekat dengan vagina dan anus, yang merupakan punca paling berpotensi untuk berlakunya jangkitan.

  • Penggunaan kateter jangka panjang : Kateter, sejenis tabung yang diletakkan di urethra dan pundi kencing yang digunakan untuk mengalirkan urin. Seseorang yang tidak sedar atau koma, memerlukan penggunaan kateter dalam jangka waktu yang lama. Bakteria yang mungkin wujud pada kateter boleh menjangkiti pundi kencing dan akibatnya berlaku jangkitan pada buah pinggang.

  • Halangan pada saluran kencing : Suatu jangkitan pada saluran kencing yang disebabkan batu karang, kelainan anatomi saluran tersebut, dan pembesaran prostat boleh melambatkan atau sama sekali menghambat aliran urin. Halangan pada aliran urin akan meningkatkan risiko berlakunya jangkitan buah pinggang.

  • Gangguan sistem kekebalan tubuh : Keadaan yang menyebabkan perubahan pada sistem kekebalan tubuh seperti diabetis boleh meningkatkan risiko jangkitan buah pinggang. Penyakit lain yang menekan sistem kekebalan tubuh seperti HIV juga boleh menyebabkan jangkitan buah pinggang.

  • Penggunaan kaedah kawalan kelahiran tertentu : Menurut beberapa kajian, wanita yang menggunakan diafragma lebih berisiko untuk meningkatkan jangkitan UTI, iaitu jangkitan buah pinggang, berbanding wanita yang menggunakan kaedah kawalan kelahiran yang lain. Kajian lain juga mendapati bahawa wanita yang pasangannya menggunakan kondom mengandungi busa spermisida juga berisiko mempunyai pembiakan bakteria E.coli di vagina.


  • Bagaimana pielonefritis didiagnosis?
    Kemungkinan doktor akan bertanyakan kepada anda tentang tanda-tanda dan gejala yang mungkin timbul atau berapa banyak airyang telah anda minum dan juga faktor-faktor lain yang mungkin menyebabkan anda mendapat jangkitan buah pinggang. Bagi perempuan pula mungkin doktor akan tanyakan tentang jenis kawalan kelahiran yang mereka gunakan. Dan jika anda disyaki mempunyai jangkitan pada buah pinggang, urin anda akan diambil untuk diuji. Urin tersebut akan diuji untuk melihat samada terdapat darah, nanah atau bakteria.
    Apabila jangkitan ini tidak mudah untuk disembuhkan, teknik pengimejan akan digunakan untuk mencari kelainan pada buah pinggang, ureter atau pundi kencing.



    Bagaimana pielonefritis dirawat?
    Jangkitan pada buah pinggang biasanya dirawat dengan ubat antibiotik atau pun antibakteria yang sesuai. Pilihan ubat dan lamanya rawatan bergantung pada keadaan kesihatan anda dan bakteria yang menyebabkan jangkitan yang dikenalpasti melalui ujian urin. Selalunya, tanda-tanda dan gejala jangkitan buah pinggang tanpa komplikasi boleh disembuhkan hanya beberapa hari rawatan sahaja.
    Tetapi doktor anda mungkin akan meminta anda mengambil ubat antibiotik yang diberikan selama seminggu atau lebih. Ini untuk memastikan yang anda telah benar-benar sembuh dari jangkitan tersebut.
    Sekiranya anda ada mengambil ubat-ubatan lain atau alahan terhadap ubat, pastikan anda memberitahu doktor tentang perkara tersebut. Bagi pesakit yang jangkitan buah pinggangnya agak teruk akan dirawat dihospital, sehinggalah mereka boleh mengambil ubat-ubatan yang diperlukan sendiri. Bagi menghilangkan rasa sakit yang berkaitan dengan jangkitan, doktor anda akan memberikan ubat penahan sakit.



    Apakah kemungkinan komplikasi pielonefritis?
    Kerosakan kekal buah pinggang akan berlaku sekiranya jangkitan tersebut tidak dirawat dengan segera. Dan akhirnya boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai penyakit buah pinggang kronik.
    Jangkitan pada buah pinggang meskipun ianya jarang berlaku, boleh merebak ke dalam aliran darah dan boleh menyebabkan keadaan yang serius yang mengancam jiwa disebut sepsis.



    Cara untuk mencegah jangkitan buah pinggang?

    Ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk mencegah terjadinya jangkitan buah pinggang atau jangkitan berulang.
    • Minum air dalam jumlah yang banyak. 
    • Dengan meminum banyak air, bakteria akan mengalir keluar dari saluran kencing ketika anda membuang air kencing.

    • Sekiranya anda mempunyai keadaan kesihatan yang lain seperti hipertensi, sila rujuk doktor anda terlebih dahulu sebelum meningkatkan jumlah pengambilan air.
    • Amalkan meminum jus cranberri atau mengambil vitamin c.Ini kerana kedua-dua sumber ini akan meningkatkan asid dalam urin anda sehingga bakteria tidak dapat membiak dengan mudah. Jus cranberri juga membuatkan dinding pundi kencing menjadi licin, sehingga menyebabkan bakteria tidak dapat hidup lama.
    • Segera membuang air kecil sekiranya anda merasakan perlu untuk berbuat demikian. Kosongkan pundi kencing anda sepenuhnya. Bakteria boleh membiak di dalam urin yang disimpan terlalu lama di dalam pundi kencing.
    • Bagi wanita basuh dari depan hingga ke belakang selepas menggunakan tandas. Ianya bertujuan untuk mengelakkan bakteria disekitar anus masuk ke vagina atau urethra.
    • Elakkan menggunakan semburan kebersihan feminin dan semburan wangi, terutamanya jika ianya boleh menyebabkan kerengsaan pada uretra.
    • Pakailah seluar dalam yang dibuat dari kapas dan pakaian longgar supaya udara dapat masuk dan membuatkan kawasan sulit tersebut sentiasa kering.Elakkan pemakaian seluar jean yang ketat dan pakaian dalam yang dibuat dari nilon, yang memerangkap kelembapan dan membolehkan bakteria membiak.
  • source:  http://buahpinggangsihat.com
  • more info:  http://www.kidneyhealthcare.com


  • so hati-hati lah anda sume, aku dah ter-ternak bakteria dalam buah pinggang aku sampai bertuka jadi nanah, skang berusaha minum air bergalen-galen sehari tok hapuskan infection tuh..harap-harap terhapuslah mereka dari badan aku..huhuhu :)

  • tata :)








Comments

  1. Ya Allah takutnyew!!! sekrg ni mcm2 btl penyakit... lagi satu penyakit yg kne pd perempuan ialah cancer servic... Ni pula penyakit lain..Ya Allah, kena berhati2 skrg ni....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts