salah faham terhadap takdir.
biasenye bila menegur atau ditegur tentang sesuatu perkara yg berlaku pada diri seseorang, ada yang menjawab bahawa itu adalah "takdir Allah ke atas diri mereka dan mereka redha terhadapnya."
Ini adalah kefahaman yang salah terhadap takdir. Ketahuilah bahawa keredhaan terhadap takdir yang tidak disukai pada ukuran manusia terbahagi kepada dua kategori:
Kategori pertama adalah takdir yang berupa musibah seperti penyakit dan kemiskinan. Maka kita dianjurkan untuk redha dan pada waktu yang sama berusaha untuk mencari takdir lain yang lebih baik, seperti kesembuhan dari penyakit dan kecukupan sesudah kemiskinan.
Kategori kedua ialah takdir yang berupa sesuatu yang dilarang oleh agama, seperti kecenderungan jantina dan seks yang berlawanan dari fitrah manusia. Maka tidak ada dalil yang menganjurkan kita untuk redha dengannya. Sebaliknya semua dalil-dalil agama mewajibkan kita untuk membencinya dan berusaha ke arah takdir lain yang selari dengan tuntutan agama.

lepas bace statement diatas mesti kau org cam cakap "OMG", ataupun mungkin "OIC", sebenarnye aku tengah kaji pasal kecelaruan identity pada orang-orang transsexual pada pandangan islam untuk di-prizen-kan minggu depan. dapat plak tang fatwa and hadith..ohohoi lah kan..behari-hari gak lah kan menyelak-nyelak translation quran mencari ayat-ayat sesuai..alang-alang tuh menghafaz sekali 22 surah pendek untuk kelas hafazan pulak nanti :)
aku bukan nak cerite pasal golongan transsexual, tapi pasal kategori pertama golongan yang salah faham terhadap takdir nih.
pada pandangan aku ramai jer antara kita mempunyai sikap golongan kategori pertama tapi tak perasan pun kejadah tersebut wujud dalam diri kite..akhirnye kite tetap miskin, mundur dan masih berada ditakuk lama (perghhh..aku pun tak sangke aku boleh menaep perkataan-perkataan macam nih - rase macam pertandingan pidato plak :)
aku cakap macam tuh sebab kite nih hah selalu jer cakap "aku redha, redha" padahal dalam hati bukan takat ade taman dah..ladang pun ade..(huh, nampak sangat cakap pasal diri sendiri) sebab tuh aku kate "yang kite sendiri tak perasan benda tuh ada dalam diri kite" tapi bila dicungkil-cungkil..mashallah i am of them.
so start from now on, mari lah kite perbaik-pulih diri kite semua, semoga kita lebih cantik di pandangan mata yang esa. takat putus cinte dengan kekasih hati kau yang tak seberape tuh, redha jer lah kerana Allah, jangan hanye cakap dimulut..lakukan dengan hati sekali inshallah Dia tak akan memutuskan cintenye yang very high class terhadap hambanya. salam 'alaik. majulah sukan untuk negara :)
nice entry..done fllow..fllow blik taw..http://comey-comeyblog.blogspot.com
ReplyDeletenice entry.. sentap hati bile bace..
ReplyDeletehttp://chocolateholic4eva.blogspot.com
http://tuanhanis.blogspot.com/
ReplyDeletedh follow sini . follow balik yee