massive clearance.

macam nak pergi lama. podahhh. padahal 4-5bulan jer..
macam nak pergi jauh. cit. laut cina selatan pun pun tak sempat redah.

hehe. serius, ini perasaan sedih..meninggalkan ibukota untuk menimba ilmu di bandar bersejarah.
lame sungguh dah tak berjauhan dengan kuala lumpur, kali terakhir setahun lepas.
kali itu lah semua jenis masalah datang dan mengubah satu cerita jadi kosong.
penamat tiba bila pulang kali ini..semuanya kerana setahun lepas membuatkan semua semakin jauh dan keruh.
dah tak dapat diselamatkan lagi -.-

takut pulak nak berjauhan dengan mu Kuala Lumpur!
barang-barang yang nak dibawa belum sempat sentuh..
sibuk membuang kenangan-kenangan dalam kotak yang dah berhabuk,
pemberian orang yang mula lusuh sudah masanya di campak dalam plastik hitam..
bukan tak sayang cuma..kalau disimpan 10tahun masih lagi disitu mengumpul debu.
bukan tak menghargai..tapi terpaksa. semua kenangan sempat di re-call satu-satu, bagi masuk dalam otak yang tepu. buat mengingat masa lalu :)

susah betul nak buang barang-barang tuh,apatah lagi membuang orang-orang yang memberi..setiap satu punya kenangan tersendiri..ada suka dan duka, sudah sampai masa untuk senyum pabila di-reminiscing nanti, yang duka tak perlu sedih..sebab jalannya memang sudah tertulis, memang patut tersenyum sebab diri memang hebat sudah melalui walaupun saat itu kental. pheww.

sekarang baru selesai reduce dari 8 kotak jadi 4, masih berbaki 11 kotak lagi..kebanyakkan nya buku architecture yang mungkin tak akan lagi diselak pada masa depan, alatan seni yang menimbun tau beli tak tau pakai..artwork-artwork hodoh yang malu nak tunjuk..aku rasa mungkin aku patut jual semua benda tuh. aku dah penat mengusung kesana sini..entah berapa puluh kali pindah tak sempat nak kira..setiap kali pindah, setiap kali tu lah barang makin banyak. huh perempuan. azam tahun depan nak ada rumah sendiri yang punya studio sendiri, masa tu mungkin baru aku patut pergi cari balik semua alatan seni bagai sebab sekarang pensel pun tak sempat pegang, sketch book entah kemana. hurmm -idea bernas, let go jer lah. bukan lama pun lagi sem depan kononnye dah nak start duduk sendiri..senang nanti terus tinggal sampai start kerje as real designer..hihihi best nyer, dah lame menunggu nak habis study tak sangke dah final year. hewhewhew

minggu nih mungkin akan jadi minggu paling sibuk, sebab banyak benda nak kena setelkan..
buku library yang dah berzaman nak kena pulang.
tarikh case nak kena tangguh.
besties nak kena sua muka buat mengubat rindu.
photoshoot untuk hipsterhijab.
lupa nak buat leave off campus. adoi. parah, kalau kene saman uia mau terbang 50henget. mampus

macam YB lagi. yay.

anyway ape yeah nak kene bawak hari pertama internship? blur.

Comments

Popular Posts