Kenali Musibah Terbesar.


salam jumaat :)
dah lame rasenye tak mengodek2 website islamic buat pengubat rohani. tergerak mouse ke satu artikel yang buat aku hilang arah sekejap. saat aku dah punya keputusan dan pendirian yang kuat. saat aku dah dengar segala pandangan. aku tau, aku silap. aku tau aku tak tau ape harus aku buat. hukhuk. ape aku perlu buat? ah. korg mesti tak faham ape aku tengah omelkan kan? tak perlu faham anda hanya perlu baca. tak perlu buat kesimpulan, tapi buat peringatan. persetankan ok :)

pegi baca i luv islam,
mungkin ade secalit rasa yg akan buat hati kau goyah. aku tak tau yang mana satu akan buat hati kau pula rasa yg sama, tapi bagi aku yang ini:




Rumahtangga : Kenali Musibah Terbesar
Kita menangis kepenatan. Penat rupanya alam rumahtangga ni - ke sana ke mari menjaga kebajikan suami  dan anak. Bekerja di luar penat. Bekerja di rumah juga penat.
Kita menangis berjauhan. Setelah halal dalam pernikahan, berjauhan pula. Kerana tuntutan kerja. Atau belajar.
Kita menangis tidak cukup wang. Terpaksa berhutang. Tidak mampu bergembira macam pasangan lain. Makan minum malah bercatu. Terpaksa duduk rumah saja tidak cukup duit untuk petrol.
Kita menangis kerana ujian mertua dan ipar duai yang menarik banyak privasi rumahtangga. Kita menangis tersepit antara keluarga sendiri dan keluarga pasangan.
Kita menangis kerana pasangan atau anak-anak diuji sakit kronik yang menuntut seribu satu pengorbanan.
Antara banyak-banyak ujian ini, jangan lupa berhati-hati dengan ujian keimanan.
Musibah terbesar sebuah perkahwinan adalah apabila pasangan semakin jauh dari hubungan dengan tuhan. Solat diabaikan. Akhlak dengan Allah tidak dititikberatkan.
Musibah terbesar sebuah perkahwinan adalah apabila islam hanya pada nama dan kad pengenalan. Bukan pada rutin dan tujuan hidup seharian. Sedangkan islam is a way of life.
Musibah terbesar sebuah perkahwinanan adalah apabila amalan-amalan syirik dan khurafat menjadi pilihan. Percaya pada tangkal untuk memujuk anak menangis, atau ramuan bomoh menundukkan suami.
Musibah terbesar sebuah perkahwinan adalah apabila pasangan tahu akan kewajipan menuruti Sunnah dan Quran, tapi terus selesa dalam kejahilan dan kelalaian. Solat dilalaikan, pergaulan tanpa batasan, tiada peruntukan masa dan kewangan untuk mencari ilmu agama, aurat didedahkan besar-besaran, tidak amanah dalam pekerjaan.
Musibah terbesar sebuah perkahwinan ialah apabila suami isteri fokus membeli rumah besar dan kereta besar namun rumah itu seperti kuburan kerana jauh dari tilawah dan tadabbur Al Quran.

Bila rumahtangga diberi ujian kesenangan, adakah rasa bersyukur? Adakah kesenangan menambah ketaatan?
Bila seorang isteri dan ibu kurang ilmu kurang iman, nescaya akan mencipta musibah yang besar untuk generasi mendatang. Menyiapkan pakaian dan makan minum anak-anak, mengambil menghantar anak ke alam persekolahan. Apakah pemberian kita untuk menyiapkan jiwa anak itu melalui kehidupan dengan bertuhan? Anak-anak amat bijak mengukur kehebatan dirinya dengan peperiksaan, adakah mereka tahu mengukur nilai diri menurut Al Quran?
Musibah besar jika anak-anak kita tidak tahu hubungannya dengan tuhan, tidak tahu apakah ertinya hakikat kehidupan. Solat ditinggalkan, ibu bapa dibiarkan.
Ada suami dan anak-anak yang baik, adakah makin kenal dan cinta pada Allah? Atau sekadar kenal kemahuan suami dan anak-anak? Atau sekadar mengingati tanggungjawab kepada suami dan anak tanpa mengetahui tanggungjawab sebagai hamba Allah.
Sesungguhnya islam bukan sekadar adat kebiasaan. AL-Quran bukan sekadar menjadi pelengkap dulang hantaran. Bukan sekadar tersimpan tinggi di almari perhiasan.
Ayuh selamatkan diri dari musibah. Jalinkan hubungan dengan tuhan yang semakin ditinggalkan. Bina keutuhan diri dan famili dengan Al-Quran dan As Sunnah. Kenalkan diri kepada petunjuk Allah dan Rasul yang membawa kebahagiaan.
* Peringatan buat hati yang tidak hangat dengan iman... Hati sayakah itu.... :-(
Artikel iluvislam.com via (http://sisi-kehidupan.blogspot.com/)

...


apakah aku harus sabar dan terima ape adanya dan setia hingga hujung nyawa?
atau aku mengalah dan bertabah. 

kadang-kadang mengalah bukan bermaksud kita kalah,
tapi bukan ke ALLAH hanya akan menguji setakat mana kemampuan kita?
mungkin itu setakat mana yang aku mampu.

teruk.

ujian kecil saje pun kau tak mampu fiey!
takde guna idolakan khadijah.
aisyah.
asiah.
sumayyah.

hampir semua diatas aku dah lalui.
cuma satu yg tak ada dalam senarai.
aku gagal.
aku tak mampu.
dah merangkak.
dah tergolek-golek
jugak tak mampu.


ape aku harus buat?
apa aku harus buat?
apa harus aku buat?

jawapan yang hanya ENGKAU yang tahu.
jawapan yang ada di LUH MAHFUZ MU.



huhu.
hari dah dekat dah nih.
keputusan dah pun dibuat.
tapi hati masih berbelah bahagi.
antara betul atau salah.

KAU yang tahu.
bantu aku.


iman aku yang tak kuat.


Comments

Popular Posts