#weekendsescape: Bloggers Days Out with Pahang Tourism, DAY 1 - Homestay Kampung Kuala Medang (part 1)
Assalamualaikum.
alhamdulillah, akhirnya sempat curi masa untuk update tentang weekends escape fiey bersama Tourism Pahang hari tu, sebenarnya lama dah dok fikir..apa nak update sebab gambar gila banyak almost 1000 pictures, belum campur dengan camera phone lagi adeh! tu yang lembab sangat tuh..lagi pun cabaran menulis belog kali nih agak mencabar sikit bila dah duduk berlonggok dengan blogger-blogger hebat, tak kan nak tulis macam hampas kan..hehe..kalau last week fiey dah sediakan sikit tips yang fiey dah korek dari blogger-blogger cute sekalian sekarang, let's start with the very first exciting day with all the travel bloggers! YAY!
...
YUMMEH!
kedainya betul-betul tepi jalan, pemiliknya En. Mazlan Ramli anak peneroka terawal rancangan pertama Felda Lurah Belut ni telah 6 tahun berniaga kat situ. Hujung minggu dan musim perayaan beliau menerima tempahan lebih dari hari-hari biasa sebab katenya jalan tersebut boleh dikatakan jalan utama ke Kelantan-Terengganu bagi penduduk tempatan.
so pas nih, kalau lalu LDP tuh, masuk dulu jalan Kuala Repas nih beli 2-3batang bawak balek Ganu hokeyh?
setibanya di Kampung Kuala medang kami dijamu lagi! perghhh..kenyang makan rendang tadi pun belum habis lagi. tapi makan free memang sedap! YUMMEH!
Patin masak Tempoyak memang makanan femes kat tempat nih.
first time tengok siput sungai yang sangat besar nih, jadi takut nak makan tapi semua orang try, fiey pun try la :P
sedap jugak!
antara pencapaian kampung tersebut jugak sudah acap kali keluar surat khabar habaq hang!hebat kan..
sementara menuggu boboy bloggers pulang dari mengerjakan solat jumaat, para gegirls blogger terdiri dari Azreen chan, Zara ab, Lilyriani dan Fiey selepas berehat sebentar di rumah milik Makcik Asiah.
mula-mula fiey agak janggal jugak, sebab selama nih yang fiey tau "HOMESTAY" ialah rumah sewa singgahan yang tak berpenghuni yang kita sewa dan duduk dengan family kita time holiday kan, tapi kat sini mereka buat konsep sebenar secara "family angkat", kite duduk situ dengan family dieorang sekali, makan ape yang diorang makan, buat aktiviti ape yang diorang buat. *JAKUN*
...
perjalanan diteruskan ke:
Kampung Kuala Serau
15 minit menaiki boat dari Kampung Kuala Medang, Kampung Kuala Serau menjanjikan aktivity masyarakat kampung yang agak menarik :)
*gegirls & boboy bloggers sedang kusyuk habis
menangkap apa yang perlu untuk dimuat naik dalam belog*
jemah pula sibuk memperagakan jaket keselamatan. aww -.-"
bila pernah pakai life jacket masalahnye?..maka bergaya kejap.hihi
di sana kami di bawa ke kebun buah salak dan diberikan sedikit penerangan tentang buah salak..
pokok buah salak memerlukan kawasan berpencahayan yang kurang so, biasanya ditanam terlindung oleh pokok besar sebab pokok ni memerlukan air untuk berbuah, kalau kawasan yang terlalu panas adakalanya pokok dia tak nak berbuah.
tips untuk dapatkan buah salak yang manis, pilih buah salak "kucing tidur" yang tak berpangsa, contoh yang kat bawah nih ada tiga pangsa so manis dia kurang sikit dan biasanye kelat. dah tau kan? so, lepas nih pandai dah lah nak pilih buah salak yang manis kalau mak beli buah dr pasar kan..heeee..YAY! yummm..yang tak sedap sume bagi abang-adik makan!
Tok empat tengah pegang buah yang telah di kopek.
tok empat = tok ketua.
untuk lebih banyak maksud & sejarah negeri pahang boleh cari #zarapedia di instagram. lol.
bunga betina.
buah salak yang masih muda.
pendebungaan dekat kebun ni dibuat secara manual oleh pemilik kebun dengan mengetuk benih jantan (kanan) ke bunga betina (kiri) oleh sebab angin yang kurang kat kawasan kebun ni.
mengayam mengkuang
kat sini jugak kitorang di tunjukkan demostrasi menganyam mengkuang,
oleh makcik-makcik penduduk tempatan.
oleh makcik-makcik penduduk tempatan.
daun mengkuang dilayurkan dulu diatas api, tujuannya melembutkan daun.
serpihan daun yang tak cantik akan dibuang.
kemudian dilarik menggunakan alat khas
selepas dilayur dan dilarik, mengkuang direndam dalam air berwarna kalau nak yg warna-warni.
dahulunya mengkuang akan direndam dalam air sungai tapi sekarang tak dah.
lepas tu dikeringkan, barulah boleh dianyam
antara barangan yang telah siap sedia,
mereka juga menerima tempahan
untuk cenderahati majlis kawin ker cute nyer bagi beg mengkuang nih!
mereka juga menerima tempahan
untuk cenderahati majlis kawin ker cute nyer bagi beg mengkuang nih!
makcik tengah sibuk mengayam.
"the makciks"
FIEYAHMADS juara main gasing!
macam-macam jenis gasing, dari macam-macam jenis kayu.
selain mengayam, kami jugak diberi peluang mencuba sendiri permainan gasing di gelangang.
tak sangka pulak percubaan pertama main gasing fiey menjadik! heeeee..hebatttt tapi gambar takde sebab semua orang sebok cuba baling gasing diorang :P
masa untuk pulang ke Kampung Kuala Medang.
sebelum balik kami diberi peluang bagi ikan makan..ikan kat situ sangat banyak! anyway untuk pengetahuan, kat kampung ni mereka dah bahagikan kawasan-kawasan menangkap ikan..so ade lah jugak kawasan yang tak boleh memancing, kalau nak pancing jugak nanti kena tangkap pastu dihukum pancung.
(acah jer..hehe kene denda jer hee!)
owh i love dis couple!
Zara ab & FF they look cute walaupun tak nampak romantik!
wiwiwi
look at those fishes! gila banyak.
harap-harap naga tasik Chini cerita dongeng semata *-*
pulang ke rumah Makcik Asiah. makan lagi! yay!
berbalang-balang tempoyak yang dia buat sendiri!
tempoyak dah macam makanan ruji dah kat sini.
ada jugak belimbing kecik-kecik yang diperam sampai 2 tahun utk dijadikan sambal hitam, tak sempat nak capture..heee
bersambung.. :)
till then in sha allah!
tunggu ok love..
Comments
Post a Comment