Recipe: Puding Roti Layer Pisang
salam..
sebab ramai sangat yg mintak recipe kat instagram masa fiey post gambar before buka puasa tadi..nah nih post special!

last year fiey ade bagi recipe pudding roti perisa oren..
basically die sama jer
ikut creativity..
kalau nak pakai kordial pun boleh,
nak pakai buah pun boleh
..
so nih die bahan-bahan nak buat puding roti ngan sos kastard :)
5 keping roti
susu kotak
butter
2 biji telur
sebiji pisang
(kalau nak ade perisa sikit..
masuk kan sikit fresh orange or sanquick pon boleh..
pakai perisa lain pon boleh ikut creativity)
chip chocholate
kismis
sikit gula
sikit garam
cara-caranyer:
1. sapu butter pada dua-dua side setiap keping roti
2. susun roti dalam loyang dan taburkan sikit gula,kismis dan chocolate chip kat atas roti yang disusun tuh, susunkan hirisan pisang antara layer roti..
3. layerkan roti dengan mengulang langkah 2
4. pukul telur masukkan susu, perahan orange dan garam secukup rasa untuk rase lemak gitu
5. masukkan campuran susu tadi dalam loyang yang telah disusun dengan roti,kismis,chocolate chip tadi seperti gambar dibawah
jangan sampai penuh, sebab adunan akan mengembang semasa dibakar.
kendian masukkan ke dalam oven dengan suhu 180 darjah, dalam masa 20-25 minit agak-agak lah jangan sampai hangus pulaks :P
...
untuk sos die pulak
bahan-bahannyer:
secawan susu
air
2 sudu tepung kastard
3-4 sudu gula
secubit garam
essen vanilla
cara-caranya:
campurkan semua bahan-bahan tadi dan panaskan diatas api selama beberapa minit.

*fiey buat dua jenis, satu ada pisang, satu takde
sedia untuk dihadam. YAY :)
selamat mencoba!
selamat mencoba!
thans utk recipe.. nak coba lah nanti. hewhew
ReplyDeletecoba..jgn tak coba :)
ReplyDelete