the girl with the jumper cable, Fakta dan tips Jump Bettery Kereta!

salam alaik!

kebanyakkan wanita nih hanya tahu naik kereta atau pandu sahaja

yang lain buta kayu. LOL

pastu bila kecemasan macam tayar pancit atau engine tak boleh start secara tiba-tiba habis gelabah tak cukup tanah, rase dah tak berpijak dibumi nyata

*ewah ayat die..amboiii*

saye lah salah seorang wanita tersebut! HAHAHA


...

semalam lepas kelas GLAMpreneurs kat TTDI, dah beria nak balik dengan hati berbunga-bunga gumbira..sekali tekan-tekan kunci..tak unlock!

pastu terus bukak secara manual, dan terus cucuh kunci untuk start..tapi start pun TAK BOLEH JUGAK!! owh tidak! jam dah dekat pukul satu..tak pernah-pernah balek lewat gilos macam tuh..

terus fiey dah panik kejap semenet sebab tinggal sorg kat situ, business partner pulak semua baru jer jalan..
bila dah tenang sikit, terus kol business partner cakap kete takboleh start. business partner pun mengalabah jugak sebab dah sampai kat high way naseb baik lah ade sorang lagi the fabulous team yg masih ada around..beliau lah yg datang tolong and tunggu sementara penyelamat tiba =_=*

thanks HANS MIQAEL!!

ye lah tengah-tengah malam nih nak mintak tolong orang memang susah sikit.
best friend kite pun dah tergolek atas katil time-time nih..nak kol kawan-kawan kang pelik jugak, diorg bukan rapat sangat..takkan nak call bekas suami yang dekat bintulu tu pulak kan..?tak berdikari gila uols! 
teringat kokping post pasal tayar pancit pukul 3.24pagi..




naseb baik lah buat business, bergaul pun dah reti..maka istilah takde kawan dah boleh tolak tepi :P

alhamdulillah ade yang datang membantu..

yang datang bantu pulak, mentor kita sendiri CDM Raz dengan beemer 5series die tolong jump encik sagaruddin kite! ganaih sungguh! nampak dari jauh CDM Hanis dah duduk menunggu kat depan pintu kedai kat seberang sana..


selang beberapa minit husband CDM Ieja pulak datang hulurkan tangan ringan kan beban sementara tunggu abg fiey yang ade workshop kereta datang cek kereta

fiey memang ade simpan wire cable jumper in case pekara macam ni berlaku..sebab dulu masa bawak SLK (sweet little kancil) bettry tak kuat so selalu mati-mati haha..

so basically fiey tau lah sikit-sikit macam mana nak jump start kereta
sebab before nih dah pernah jadi dah perkara nih kat saga fiey sekali..
dua kali pedro- kereta studiomate tak boleh start pagi-pagi buta masa nak balik mahallah lepas habes buat kerja kat studio kaed.

masing-masing time tuh ,lupa tutup lampu yg kat dalam kereta tuh sampai bettery kong habes..sampai sekarang trauma, lampu tu dibiarkan off sentiasa, kalau ade orang on, harus daku buat amokkan zombie! hahaha..trauma punye pasal - biasanya memang sebab bettry pun kereta tak boleh start

tapi ade jugak yang bukan disebabkan bettry!

kalau anda merupakan pemilik kereta proton cek-cek balek kunci proton, kalau-kalau cip kecik coet besar separuh kuku jari kelingking terkeluar lagi dari tampuk kunci yang dah nazak macam hari tuh! masa tuh pin panic jugak! punye lah cari apa pasai kete tak boleh nak start siap kol etiqa insurance assistant lagi sebab dah gabra sangat..last-last bro assistant tu datang, mintak nak cek kunci jer baru lah tau yg bende nih memang selalu berlaku kat pemilik kereta proton =_=*

kali nih tak tau lah kenape. cemas iols!


lama jugak CDM Raz tolong godey-godey kereta keluar masuk start tapi tak boleh jugak. sepatutnya sekejap jer jump kereta dah boleh start balik tapi mungkin sebab alarm kereta masih belum berhenti, jadinya kereta tak boleh start lagi..sebab tadi kan bukak kunci manual..dan alarm masih berbunyi secara pelik sebab samar-samar jer..so semua hero-hero malaya duk busy fikir cara nak berhentikan alarm, duk cari-cari tak jumpe pulak wirenyer! jadi ape pun tak boleh nak buat. 

mula-mula ingat nak tinggal jer kereta, esok datang balik tapi takut jugak sebab kawasan tu macam sunyi jer..so tunggu je lah kejap abg fiey, die lambat sikit sebab masa-masa macam nih die busy buat burger bakar kat gerai kat gombak sana..

oleh sebab semua mcm dah tak tau nak buat ape, jadi semua  orang balik tinggal Hans jer teman pegi makan kejap, alang-alang dah pagi terus sahur. 

walaupun tak dapat nak selamatkan kereta fiey tapi at least dorg dah try. fiey berterima kasih sgt!

bile abg fiey sampai jer..die godey sikit-sikit jer tengok masalah kereta, semua nampak ok.. 

cabut pulak laci dashboard cari wire alarm (yg tadi dok carik tak jumpa tuh!)

pastu beliau tukar kejap bettry kereta yg dia bawak kat kereta fiey, alarm bunyik sakan, kereta terus boleh start!

alhamdulillah! huh, sonang jo ruponyo! :P
so next time tau dah cane nak buat! kihkih


so girl! get to know ur car, kalau tak tau, masa orang dok perbetul kereta kita, bawak-bawak lah sekodeng sikit at least tau sikit-sikit bila kecemasan berlaku
dan always bersedia dengan tools penting dalam kereta macam cable jumper, screw diver dan spana senang, pastikan tahu basic penggunaan sebab kalau tersalah guna pun bahaya jugak!

so kat sini fiey nak share kan sikit fakta & tips macam mana nak jump kereta dari BOOblog semoga wanita-wanita macam kita nih tak panic bila berlaku perkara tak terduga mcm nih ok :*)

...


FACT & TIPS

Bagi kes bateri yang kong atau dah nak ‘nazak’, mungkin penunjuk meter kereta akan terjejas seperti gambar di bawah. Tengok kalau ada simpton-simpton seperti ini.






1. TACHOMETER tak menunjukkan bacaan normal iaitu ’0′rmp sebelum engine di hidupkan. Selalu terjadi sama ada wayar sambungan bateri longgar atau bateri telah kehabisan kuasa.
Ini di sebabkan kuasa untuk menghidupkan setiap komponen kereta sepenuhnya menggunakan kuasa bateri dan bukannya dari caj alternator. Untuk makluman alternator hanya beroperasi dan di cas selepas engine kereta di hidupkan. Selepas engine dapat start, alternator akan mengambil alih tugas bateri untuk terus menghasilkan caj elektrik.
2. SPEEDOMETER turut jadi ‘gila’ seperti Tachnometer. Berkemungkinan ini berlaku di sebabkan masalah wiring atau kapasitor bermasalah. Caj elektrik terlebih atau kurang di hasilkan. Kesannya, kapasitor yang berfungsi sebagai penyimpan kuasa telah mengalami gangguan.
3. TOLOK MINYAK (Fuel Gauge), ODOMETER, TRIP METER/COMPUTER atau Butang INFO tidak menyala dan menunjukkan sebarang bacaan.
4. Penunjuk status Bateri, Airbags, Engine dan sebagainya tidak berfungsi. Korang boleh juga cuba pasang radio. Kalau ada gangguan atau tak berfungsi langsung bermakna bateri kereta ada masalah.
Ini antara petanda-petanda bateri kereta mengalami masalah. Jadi bagaimana nak selesaikan masalah ini? Sebelum tu nak tanya, korang pernah ada pengalaman dan jump-start kereta? Kalau pernah sila duduk diam-diam. hehe.
Bagi yang belum pernah, mari kenal dulu fakta serba sedikit tentang bateri kereta. Dah kenal barulah boleh mulakan operasi. Samalah juga buat apa-apa sekalipun, manual perlu baca, belajar dan fahamkan dulu. Kalau tak korang yang akan bermasalah nanti.

# 3. JENIS BATERI KERETA
Ada dua jenis bateri kereta yang selalu di guna di Malaysia. Pertama jenis bateri basah (wet battery) dan kedua bateri kering (dry battery).
Bateri basah menghasilkan caj elektrik melalui tindakbalas asid kimia dengan plat plumbum (timah). Bateri ini perlu di periksa dari masa ke masa. Untuk tahan lebih lama, level air bateri perlu di di periksa dan di pastikan berada pada tahap yang sepatutnya.
Manakala bateri kering tak memerlukan air bateri untuk tercas. Cukup dengan bahan kimia yang terbina di dalam untuk menjana arus elektrik. Bateri kering adalah free maintanence. Tak payah pening-pening nak maintain dan pikir pasal bateri. Semudah beli, pasang dan pakai sampai kong. Tapi benda mudah tak selalu bertahan lama. Jangka hayat bateri ini lebih pendek dari bateri basah.







Ini contoh bateri asal kereta aku (bateri basah). Di sebabkan bajet tak cukup dan terdesak waktu tu, bateri Panasonic 55D23L (harga lingkungan RM280) yang agak mahal aku gantikan dengan Philips NS60L (harga RM160). So far tak ada masalah lagi.
Mesti ada yang konfius apa makna ‘L’ dekat belakang bateri itu. Sebenarnya dari segi power sama saja. ‘L’ bukannya bermaksud ‘Larger’ atau ‘Lebih besar’ ye. Cuma yang membezakannya bila waktu nak sambungkan wayar. Contoh, kalau NS60L terminal positif sambung dengan wayar kabel positif dan negatif dengan negatif. Tapi kalau NS60 atau NS60R (sama je), terbalikkan. Positif ke negatif dan negatif ke positif.
Bagi nombor, ia menunjukkan jumlah arus. Tak kisahlah 40AH, 50AH, 60AH atau 70AH, voltan 12V tetap sama di hasilkan. Bezanya berapa lamakah kuasa bateri dapat bertahan jika tak di cas. Katakan,
  • Power = Current x Voltage (P=IV)
  • Andai kuasa 60W = I (12V)
  • Jadi arus elektrik terhasil, I = 5A
Maksudnya, kalau kereta korang guna 1 unit lampu 5A dengan 60AH terpasang, selepas 12 jam barulah bateri akan kong. Samalah juga kalau 40AH, so dalam 8 jam saja bateri dapat bertahan.
Apapun antara bateri standard yang selalu di gunakan model kereta secara rawak adalah seperti berikut
  • NS 40 – (Perodua Kancil/Kelisa/Alza/Viva/Myvi, Honda City/Jazz, Toyota Vios/Avanza, Daihatsu, Kia Picanto)
  • NS 60 - (Proton Saga/Wira/Iswara/Savvy/Satria/Waja, Honda Civic/CR-V/Stream, Toyota Corolla/Yaris, Mazda, Nissan Sylphy/Grand Livina/Sentra)
  • NS 70 – (Proton Perdana, Honda Legend/NSX, Fiat Punto, Toyota Camry, Nissan Cefiro,)
  • 55D23L – (Proton Exora/Inspira, Honda Accord/Odyssey, Toyota Alphard/Camry/Harrier, Mazda 2/3/6/Premacy, Kia Rio/Sportage/Forte, Nissan X-Trail/Skyline)
  • DIN 55 – (Proton Gen2/Persona, Citroen C2/C3/C4/C5, Fiat Coupe, Kia Optima/Spectra)
  • DIN 66 – (Audi 4/6/8/TT, BMW 3 Series, Fiat, Mercedes, Jaguar, Volvo)
  • DIN 88 – (BMW 5/6/7/X Series, Jaguar, Mercedes)
Jika di beri pilihan, sebenarnya aku lebih suka dengan bateri basah. Mungkin kerana jangka hayatnya lebih lama dan murah berbanding bateri kering. Kekadang, teknologi lama lebih baik kot :)

# 2. CARA JUMPER BATERI KERETA
Ok. Jadi korang dah kenal serba sikit pasal bateri kereta. Kalau lepas ini engine tak boleh start, pertama sekali periksa status bateri korang. Kalau dah lemah atau kong cubalah jump-start. Bagaimana?











  • i. Pinjam wayar jumper dekat member atau sesiapa saja yang baik hati atau boleh beli dekat mana-mana kedai kereta. Harga purata RM50. Kalau nak yang cikai boleh beli dekat Carrefour atau Jusco. Wayar 200 Amp (wayar kecil) baru berbelas ringgit dan 400 Amp (besar sikit) dalam RM36.90 yang macam aku beli ini.
  • ii. Sambungkan wayar (merah) positif ke bateri yang lemah dan hujung satu lagi ke terminal positif bateri yang nak di jumper.
  • iii. Sambungkan wayar (hitam) negatif bateri yang berkedaan baik dan hujung satu lagi ke mana-mana bahagian besi kereta bateri yang dah kong.
  • iv. Start engine kereta bateri yang masih baik dan biarkan tercas untuk beberapa minit. Sekali sekala tekan minyak untuk menjana kuasa ke bateri yang kong tadi.
  • v. Cuba start engine kereta bateri yang lemah/kong. Kalau berjaya biar engine running beberapa minit. Lagi lama lagi bagus untuk bagi masa bateri mengecas. Kalau gagal hidup juga, sila beli bateri baru.
  • vi. Setelah selasai, cara nak cabut penyambungan wayar jumper pula adalah dengan reverse balik langkah penyambungan. Bermula dengan wayar negatif mana-mana bahagian kereta (bateri lemah), wayar negatif bateri yang masih berkeadaan baik, wayar positif bateri yang masih berkeadaan baik dan seterusnya wayar positif bateri yang sudah kong.
  • vii. Jika engine dah boleh hidup, sebelum kemas barang, buat sedikit pemeriksaan. Sila cabut terminal positif dan negatif bateri yang kong tadi. Biar seketika. Engine tak akan mati sebab alternator dah ambil alih tugas bateri. Kalau mati maknanya alternator korang pun dah rosak. Almaklum, sila tukar alternator yang baru.
  • viii. Kalau alternator berfungsi dengan baik, sambungkan balik terminal positif dan negatif bateri. Selepas itu bolehlah teruskan perjalanan seperti biasa. Setel!
Untuk pemahaman yang lebih mudah, sila lihat gambarajah di bawah bagaimana cara nak jumper bateri kereta dengan betul.



*Langkah keselamatan. Sila pastikan sambungan wayar adalah betul. Wayar (merah) positif ke positif dan wayar (hitam) negatif ke negatif. Tersilap sambung, wayar jumper bateri kereta akan hasilkan percikan api, berasap, lebur atau menyebabkan kerosakan komponen kereta yang lain. Jika nasib tidak baik, kereta kemungkinan akan terbakar. Awas!
Ini pengalaman sendiri. Tapi taklah sampai kereta terbakar. Cuma baru beberapa saat tersilap sambung, wayar sudah berasap dan penebat dekat klip buaya lebur. Selamatlah waktu tu aku tersedar dan cepat-cepat cabutkan sambungan wayar. hehe.

# 1. CARA PENJAGAAN BATERI KERETA
Bateri basah standard dapat bertahan dalam tempoh 3-4 tahun manakala bagi bateri kering dalam 2 tahun saja. Bagaimana cara untuk jaga supaya bateri dapat bertahan lebih lama?
i. Bagi bateri basah pastikan tahap sukatan air bateri (asid sulfurik) di jaga dan untuk bateri kering tak perlu risau pasal penjagaan. Sebab ianya free maintanance. Apa yang perlu ialah tengok penunjuk cas bateri. Kalau warna hijau, bateri ok. Kalau dah tukar warna hitam maknanya sila beli bateri baru. Tak payah gatal-gatal nak pergi cas ke apa lagi.
ii. Jika nak tinggalkan kereta dalam tempoh yang lama sila cabut wayar bateri. Pastikan tiada penyambungan yang menyebabkan bateri tercas.
iii. Elakkan tombol terminal positif/negatif  berkarat atau ada serbuk putih. Cara elak sapukan gris, bersih dengan natrium karbonat (baking powder) kemudian bilas dengan air panas tak pun spray je dengan silikon anti-karat.
iv. Yang last ni cliche sikit. Nak perbetulkan sedikit. Pernah dengar orang sebut “Jangan letakkan bateri terus ke lantai. Nanti bateri kong. At least berlapik sikit dengan papan ke.”
Bagi aku ini hanya mitos semata-mata. Apa kena mengena lantai simen dengan cas elektrik? Bateri bertindakbalas dengan kimia (chemical) dan bukannya haba (heat). Kalau tak percaya sila pegang bateri korang lepas engin di hidupkan. Panas ke sejuk?
Kalau sejuk terbukti tiada haba bertindakbalas. Kalau panas mungkin korang yang demam kot.  So jika letak dalam kotak kayu atau atas bulan sekalipun bukanlah cara terbaik untuk jaga bateri. Sila berhenti sebar ‘fakta’ ini. Jadi, mudahnya tips untuk jaga bateri dengan tidak meletak atas lantai simen adalah mengarut dan tak boleh di gunapakai. Sekian.








Setiap benda ada penamatnya. Bezanya lambat atau cepat. Samalah seperti bateri -booBlogs
*korg boleh ke BOOblog untuk post asal
*atau kalau nak banyak info tentang automotif, pergi ke belog fire starting automobil macam-macam info ada

ok selamat berpuasa!

Comments

  1. muja pun tak reti papa pasal kete,, kihe

    ReplyDelete
  2. Nice info plus lawak jugak huhuhuhu
    Keep it up
    www.mrkolumpo363.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Nice info plus lawak jugak huhuhuhu
    Keep it up
    www.mrkolumpo363.blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts