Followers

Monday 12 August 2013

tulus ikhlas dari hati.

Salam..
Raya kali nih memang sedih, bukan sikit..banyak jugak lah ;*(

raya ke 3, lama fiey melepak kat buaian mengenang sehabis-habisnya.
dah masa untuk buang kenangan lama,
gantikan pengalaman baru!

rasenye sape yang dah lama ikut blog fiey, diorang tahu kot cerita fiey. cerita lama, memori sepanjang hayat *EWAH :)

Actually..tahun nih first time fiey beraya sebagai single mother,
Tapi pagi raya jer lah..lepas raya dengan family dan sedara mara, fiey bawa anak-anak amik ex husband utk beraya dengan bekas mak mertua dekat kampung nenek dia kat banting memandangkan dia pun takde kenderaan..oleh sebab dis is my first time raya dengan title single mom, i decided to raya dulu dengan all his family dis year, tak nak lah sentap semua orang macam tu jer, banyak hati perlu di jaga..Lagi pun nak bagi peluang anak-anak merasa raya dengan ayah dorang before kitorang pindah jauh nanti (insha allah)

Fiey rase tak ramai kot bekas-bekas isteri akan buat kerja nih, kalau ada pun tak ikhlas kot (fiey pun! saba jer lah..hahaha secalit sabar ku berikan sempena hari mulia nih!) you know, bukan nye tak move on tapi sometimes things take times kan..

From gombak to bangsar, to banting kami bertolak pulak ke melaka, sebelum bertolak fiey mintak maaf dulu dengan my ex mother in law, tak sangka she'll cry, fiey pun almost cried jugak tgk dia sayu, ye lah for almost 5 years dah macam-macam jadi kat kitorg, dari baik ke berperang tak bertegur sapa, berbaik balik.. walaupun mom's always backup anak sendiri, but she helps me a lot too!

Satu malam di melaka rumah ex-father in law, pun sedih jugak. Banyak gila diorang ni tolong fiey especially my ex-father in law, dari masa 2bulan sebelum fiey beranak kan amani sampai lah beranak dan abes berpantang kat sana, jaga anak-anak fiey sementara tunggu fiey habis study, bagi fiey tumpang kat umah supaya dekat ngn tempat prektikel, jaga anak-anak fiey masa fiey gi kerja, makan minum fiey semua diorang yang tanggung sepanjang prektikal tu..papa siap bagi fiey duit belanja masa fiey terpaksa ulang alik kl-melaka, amik fiey kat bas station melaka sentral every 2 weeks..

tak tau lah macam mana nak balas budi diorang terlalu banyak nak dibalas, mampu ke esok lusa fiey balas fiey pun tak pasti..hukhukhuk

Masa kat melaka fiey amik peluang jumpa sedara mara belah arwah abah. Pun sedih!
Sedara mara belah abah yang tinggal cuma sepupu-sepupu jer..adik beradik arwah abah tinggal 3 orang jer yg masih hidup itu pun mak ngah dah sakit-sakit baru lepas operate jantung dengan 2orang lagi adik abah OKU yang lain semua dah meninggal sakit jantung, kisah adik arwah abah yg OKU 2org nih memang ade macam drama bersiri sikit sebab sekarang diorang duduk dengan anak-anak arwah abah punya adik yang pun dah meninggal, bukan kata kitorang tak boleh langsung nak jenguk diorang, cousin yang duduk sebelah rumah pun kena marah sebab bagi makan kat diorang. sedih sampai hati buat orang kurang upaya macam tuh..

lepas habis melawat sedara mara belah abah, kitorang bertolak ke muar..
nak mengadap muka sorang-sorang lagi lah bertambah sedih =_=*

fiey sedih.
ni mungkin kali terakhir fiey beraya dengan diorg semua sebagai "menantu"
fiey nak cakap thanks sangat kat ex-husband sebab bagi fiey pinjam keluarga yang sangat baik ni kat fiey
rase sayang nak tinggalkan pun ade, tak pe lah mungkin tahun-tahun depan fiey dapat keluarga lain pulak fiey pun tak tau lah kan..hukhuk (positive!)

fiey jugak nak mintak maaf kat semua yang susah-susah datang dan medoakan kebahagian masa fiey kawin dulu, doa anda tak termakbul.. mintak maaf semuanya!

sempena hari yg mulia nih fiey nak mintak maaf kat semua, terutamanya kat semua yang fiey pernah buat salah secara sengaja atau yang tak sengaja, my bad.. just accept my apology :)

mari kita mulakan sekali lagi, lebih baik harapnya. insha allah :)



salam syawal dr fiey dan anak-anak :)

No comments:

Post a Comment