Alter Ego.
Salam ;)
Memang susah nak buat semua orang paham kita,
Susah jugak nak paham semua orang.
Serius, bagi sesetengah orang mungkin mudah nak "buat-buat" paham
Tapi sesetengah orang pulak memang jenis keras hati sampai mati
Biasa lah tu.
"Pergi duduk dalam hutan, kawan dengan gajah, dengan singa"
Itu ungkapan biasa kita dengar untuk orang yang suka buat tamadun sendiri.
Kadang-kadang bukan tak mahu bercampur masyarakat,
Cumanya pelajaran hipokri kena level 99 baru berkat.
Tak payah salahkan sesiapa,
Salahkan diri sendiri.
Kerna yang tunjuk itu satu,
Yang empat kembali padamu.
Kemarahan dan kegembiraan
Hak masing-masing.
Tak perlu masuk campur bikin hati runsing.
Biasa yang over, yang takde kena mengena.
Bikin line panas bagai kena salai tak semena.
Tak faham.
Suka masuk campur hal orang.
Serupa cik odah gelang.
Tak faham.
Dari kecik tak mahu diberi pelajaran,
Pakai buku sama rotan,
Dah besar mula "nak tunjuk jalan"
Buat orang yang dah punya decision tak keruan.
25 tahun hidup dalam ego.
Nak alter bukan tegur cara kuno.
Cakap elok-elok agar tak meletup macam valcano.
Jgn terlalu harap hari ni cakap, esok lentur.
tak perlu masuk campur.
Cakap orang tak reti bersyukur.
Aku bet, semua orang punya list nama "tukang korban"
Tapi tak perlu kot nak hebah-hebahkan..
Ikhlas dan syukur,
Semua orang boleh sebut,
Tapi tak ada siapa boleh ukur
PENGORBANAN:
Buat ikhlas,
Bukan untuk bahas
Hari depan.
sebab tu zizie suka buat hal sendiri, tapi tak semestinya menyumbang kerakan diri.. so, orang akan tahu comfort zone kita tang mana.. hehe..
ReplyDelete