Followers

Wednesday 4 September 2013

Skim Bantuan Kewangan Bagi Golongan Ibu Tunggal

salam.

ramai ibu-ibu tunggal tidak mengetahui bahawa banyak bantuan disediakan utuk mereka, lalu hidup dalam ketandusan dan miskin..jika anda megenali mana-mana ibu tunggal beritahu perkara ini kepada mereka

Penentuan bantuan kewangan adalah berdasarkan kepada hasil siasatan yang dilakukan dan pertimbangan oleh Pegawai Pelulus.
Antara skim bantuan kewangan yang disediakan oleh Jabatan kepada golongan Ibu Tunggal yang layak dipertimbangkan bantuan adalah seperti berikut:


BIL.JENIS BANTUANKADAR BANTUANTUJUANSYARAT KELAYAKAN KHUSUSTEMPOH PENERIMAAN
1.Bantuan Kanak-Kanak
(BKK)
Min:-

RM100 sebulan seorang.

Maks:-

RM450 sebulan sekeluarga melebihi 4 orang kanak-kanak.
Membantu kanak-kanak miskin dan berkeperluan supaya dapat terus tinggal bersama keluarga mereka untuk menikmati kasih sayang, perhatian, dan penjagaan sewajarnya.

Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat supaya dapat berdikari dan terus menjaga anak-anak mereka dengan sempurna.
• Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak (kanak-kanak)

• Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah

• Kanak-kanak berumur persekolahan, perlu meneruskan persekolahan :

• Kanak-kanak yatim/yatim piatu dan

• Kanak-kanak yang mempunyai ibubapa / penjaga yang tidak berkemampuan atau putus mata pencarian kerana uzur, cacat, berpenyakit atau tanggungan banduan atau pusat tahanan.
12 bulan
2.Bantuan Anak Pelihara
(BAP)
Min:-

RM250 sebulan bagi seorang kanak-kanak.

Maks:-

Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara lebih 2 orang kanak-kanak.
Menggalakkan kanak-kanak untuk terus tinggal dalam masyarakat dan tidak dimasukkan ke institusi kebajikan

Menempatkan kanak-kanak yang tinggal di institusi kebajikan dengan keluarga ganti agar kanak-kanak ini mendapat perhatian dan kasih sayang daripada sebuah keluarga dan hidup bermasyarakat

Mengiktiraf hak kanak-kanak untuk mendapat perlindungan dan bantuan yang sewajarnya di dalam kehidupan bersama keluarga ganti dan
Mengiktiraf peranan dan tanggungjawab keluarga ganti terhadap kanak-kanak bagi membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan
• Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah

• Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibubapa

• Kanak-kanak tinggal bersama-sama dengan keluarga ganti

• Kanak-kanak dijagai oleh keluarga/penjaga yang tiada pertalian darah

• Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 dan

• Kanak-kanak yang diambil dari ”Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM.

* Had pendapatan keluarga pelihara tidak ditetapkan.
6 bulan
3.Bantuan Am Persekutuan
(BA) bagi WP Kuala Kumpur dan WP Labuan sahaja
Min:-

RM80.00 sebulan seorang

Maks:-

RM350.00 sebulan sekeluarga
Memberi bantuan kepada kumpulan sasar Jabatan yang tidak berkemampuan dan berkeperluan untuk meringankan kesulitan kewangan mereka buat sementara waktu ataupun sehingga suatu jangka masa mereka dapat berdikari• Pendapatan sebulan di bawah PGK semasa
• OKU yang memerlukan
• Orang terdampar
• Orang papa
• Kes wanita dan gadis dan sebagainya
• Keluarga yang berkeperluan dan tidak berkemampuan

(faktor-faktor lain yang diambilkira semasa siasatan dijalankan ke atas setiap permohonan juga mengambilkira bilangan tanggungan dalam keluarga, keadaan rumah kediaman, umur penjaga atau ketua keluarga, tahap kecacatan dan keuzuran pemohon serta lain-lain aspek dalam keluarga).
12 bulan

BILJENIS BANTUANKADARTUJUANSYARAT KELAYAKAN KHUSUSTEMPOH PENERIMAAN
4.Bantuan Am NegeriKadar bantuan bulanan adalah berbeza mengikut negeri.Setiap negeri mempunyai Skim Bantuan Am Negeri yang tersendiri. Syarat-syarat kelayakan dan kadar bantuan adalah tidak seragam di antara negeri-negeri bergantung kepada dasar dan peruntukan Kerajaan Negeri masing-masing.• Setiap negeri mempunyai Skim Bantuan Am Negeri yang tersendiri. Syarat-syarat kelayakan dan kadar bantuan adalah tidak seragam di antara negeri-negeri bergantung kepada dasar dan peruntukan Kerajaan Negeri masing-masing.

• Bantuan dipertimbangkan kepada keluarga miskin yang memerlukan.
12 bulan
5.Bantuan Latihan Aperantis
(BLA)
RM200.00 sebulan seorangMembantu belia/beliawanis terutama anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan, menganggur atau terdedah kepada masalah sosial untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja.• Anak-anak penerima bantuan kewangan bulanan JKM

• Bekas pelatih institusi JKM

• Kes seliaan akhlak JKM.
6 bulan
6.Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar
(BPT)
RM300 sebulan seorang• Membantu meringankan bebanan perbelanjaan penjagaan yang dihadapi oleh keluarga penjaga

• Menggalakkan penjagaan yang lebih sempurna kepada kumpulan sasar OKU dan Pesakit Kronik terlantar

• Mempertingkatkan kualiti hidup kumpulan sasar yang terlibat

• Mengelak atau mengurangkan kemasukan kumpulan sasar yang berkenaan ke Institusi Kebajikan dan

• Mempertingkatkan kesejahteraan keluarga.
• Pemohon adalah penjaga yang merupakan ahli keluarga OKU / Pesakit Kronik Terlantar

• Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia

• Sedang memberi jagaan kepada ahli keluarga yang OKU / Pesakit Kronik Terlantar sepenuh masa

• Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan dan

• Keluarga yang berkeperluan dan tidak berkemampuan.
12 bulan
7.Geran Pelancaran
(GP)
Maksimum RM2,700 sekaligusMemberi bantuan kewangan kepada kumpulan sasar Jabatan yang mempunyai minat dan potensi untuk maju bagi menceburi bidang perusahaan atau perniagaan kecil.

Galakan kepada penerima bantuan JKM untuk berdikari dan meningkatkan taraf hidup mereka tanpa bergantung lagi kepada bantuan Kerajaan.
• Penerima bantuan bulanan atau ahli keluarganya

• Orang Kurang Upaya (OKU) yang sedang mendapat perkhidmatan dari Jabatan

• Bekas pelatih dari Institusi Kebajikan dan

• Kes-kes seliaan akhlak
Tiada

sumber JKM

anyway ini baru bantuan dari JKM, browse thru google, insha allah banyak lagi institusi yang memberikan bantuan :)

No comments:

Post a Comment