South Korea update #1 : before you travel alone, Affirm Your Heart.






salam rocktober!

ok jom start tulis pasal trip korea haritu, actually aritu dah tulis penuh semangat dalam english kunun-kunun nak masuk bertanding international punye contest sekali tengok dateline. -terbangang! haha sudah lah, grammar pun tunggang terbalik maka so nyer, mari lah kita menaip secara santai sambil senyum-senyum teringat 7hari yang sangat random. ewah~


serius cakap, ini adalah satu kerja gila.

travel seorang diri, di tempat orang yang memang dikenali dengan bandar yang tak reti berbahasa inggeris, itu sangat random. lagi satu, perempuan leceh sikit, bila datang part safety lah paling penting. kalau lelaki sorang-sorang campak lah kat the end of the world mungkin takde masalah kot.

ramai yang tanye:
kenapa fiey pergi ke korea sorang? kenapa? takde kawan? tak reti bersosial hape awk nih?

nak dijadikan cerita, habis jer paper terakhir final exam terus rasa "WAHHH, aku patut pergi bercuti, tenangkan diri dan hirup udara berbeza" maka terus cari gegirl studio yang nak men-join-kan diri, gebang-gebang kejap bagi introduction baik punye ajak pergi berjoli sebelum masuk robotic era pekerjaan, bincang-punye bincang terus decide nak pegi ramai-ramai. Tapi sayangnye, last minute semua tak jadi pergi sebab, tak cukup duit dan nak pergi kat tempat lain yg lebih dekat tapi lebih mahal fight ticket nye - tak berbaloi, tunggu lah promosi AirAsia 0sen nanti mesti ade punya! 80kali boleh pergi nanti! hiks!

i don't really mind the tix sebab dapat allocation untuk hadiah birthday "katenye", so, pergi mana pun tak kisah asalkan berjalan! oleh sebab gegirl semua tak jadi pergi, so, fie pun decide utk ke South Korea.

ada lagi soalan lainnya!
Kenapa Korea? peminat tegar K-pop kah?

nope. tak de lah minat cuma from my research South Korea adalah negara ke-2 yang boleh dikatakan selamat selepas Japan. (actually nak pergi osaka, tapi selepas bertanya-tanya kat otai-otai travel blogger, mereka cakap nak ke Japan kena ada 10k dalam account-tak tau lah betul tak, jadi terus simpan hajat untuk lain kali jer lah. ouh!) lagipun, fie dah pernah ke Seoul sekali ikut tour, so basically dah agak familiar lah (KOT) tau lah sikit-sikit jalan mana nak pergi cuma kali ini berseorang, takde bekalan makanan dan transportation mcm kat tour tu jer.


jadi, pergilah seorang insan bernama Fiey Ahmads ke South Korea, seorang diri.

berani kau kan?

actually, takut tu memang ado. sampai tak jadi nak pergi tau, 

 fie dah cakap kat kakak-kakak yang fie rase fie macam tak jadi nak pergi, sebab tiba-tiba rasa sangat tak best. actually memang fie dah get ready all the infomations, tapi preparation memang dah tak buat sebab dah rase tak best, so, passport pun tak pergi buat jugak =_=* 

tapi kakak-kakak sume push-push suruh pergi. ok fine, fie pegi. flight pukul 1am,
tengah hari tu jugak pergi buat passport, mula-mula pergi kat Damansara, tak tau pulak tempat tu dah pindah. Stress. terus pegi UTC Pudu, dah lah jam naseb baik siap satu jam jer. menyempat beli bagpack dekat mydin rm 70, beli meggi cup sebungkus yang ada 6cups tuh, balik terus bungkus-bungkus, mandi get ready.

sementara tuh download segala mak nenek apps bahasa korea, translater, kamus, maps paling belambak. sebab takut kat sana nanti tak dapat line internet dah nak download atau guna gps kalau sesat, at least anything happen, masih ada offline apps untuk digunakan.




masa nak keluar dari rumah, tiba-tiba hidung akmal berdarah banyak. *ah* tiba-tiba demam pulak budak dua orang nih, lagi lah bertambah berat hati nak tinggalkan diorang! akak fie kate "don't worry, go have fun" argh..@!&*^&% how come im gonna have fun?

hati berkocak tapi keep calm, rasenye kalau release nih boleh jadi Super Saya rambut pacak kaler kuning. glupp =_=* takpe lah. pegi jer lah.

malam before fly tu fie drive sampai damansara, sebab mieza dan hubby akan hantar fiey kat airport. lagi sekali fie rasa fie tak nak pergi, sebab hati memang sangat berat..takut. semua bercampur baur. nak ke tak nak-nak ke tak nak??? dengan berus gigi, jam tangan semua nak tertinggal. arghh tak payah pergi lahhh! mieza siap ajak gi karok sepam. ahahaha tapi fie lagi suke idea arbi, "pegi jer dulu airport, kalau agak-agak tak nak pergi, kite balik semula" - very wise, i was expected that actually, that's what im gonna do *in my mind*. 


so off we go to the airport. 

masa dalam kereta, arbi yang pandu. i was affirming my heart and told myself that everything gonna be just fine. sampai jer airport, *i know i have to do this* kind of stuff playing in my mind and i told them, yeah! im gonna do it, if not now, when? im not gonna have this kind of opportunity next time.

arbi lend me his watch. thank you arbi!



budget weh?

fie memang tak bawak duit banyak. rm1500 jer, tu pun tukar rm1300 jer. dapat lah dalam 380,000 won, untuk hidup 7hari kat sana. tapi fie dah siap-siap active-kan debit card untuk penggunaan international, dan ade lah beberapa ratus cash takut emergency ke apa senang sikit, boleh keluarkan duit melalui globle atm kat sana. (kalau tukar semua takut terguna pulak. tehehe)

tapi, memang silap tukar duit kat airport, rate dia sangat rendah 1000 won = rm3.40
gila betul beza 0.20sen masa fie tengok kat shopping mall punya money exchange. pftttt~
pengajaran, nak buat macam mana terpaksa tukar sebab masa tu jam dah pukul 10 lebih, money exchange sume dah tutup. airport jer lah pilihan yg ada.

budget semua buat dalam kepala jer. LOL :=)
380,000/7 = 54,000
maksudnya sehari tak boleh exceed 50,000 won, atau tak balik malaysia! wuu.

best tak?

best sangat! im glad that im going, walaupun banyak sangat second thought, dan problem-problem before pergi tapi fie redah jugak. i've got so much things, new friends from around the world and the most important things is experiences. travelling dengan tour atau business trip is very different. 


rasa sangat-sangat happy because i've found me, 
discovered my self have an extreme soul :*)
Im so gonna do it again! confirm! 

ok lah fiey akan update lagi in the next post. it's gonna be awesome! 
keep reading and be happy!

next post: From Busan, to N Seout Tower!





Comments

  1. wah inspring.. :) boleh pergi nanti

    ReplyDelete
  2. Wow, bestnya dapat pergi Korea. Jom join segmen saya di blog azasuhaiza.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Haha! Cool! Actually it's kinda the same with me. Although I mostly travel alone, almost every time I step out on a new journey or trip, I still have doubts about the trip. Like my last trip to Sydney, I only decided to go at around 4 p.m. when the flight was leaving just before midnight. But whenever I get to my destination, wherever that is, I would enjoy it and would wonder why I had doubts about going there in the first place :-)

    Looking forward to reading more about your trip to Korea!

    ReplyDelete
  4. salam..
    inspiring..saya pon tgh dup dap dup dap nk gi travel sensorang nih..hope selamat la semuanya..

    ReplyDelete
  5. Salam....nak tanya kalau pergi untuk seminggu ke south korea budget perlu bawak duit
    berapa yer...pergi bukan nak shopping sangat pun. maybe bawak sikit cenderamata untuk org
    kat malaysia ni ha~ Just nak jalan2 tengok pemandangan n tangkap2 gambar. Apa barang
    yang patut disediakan kalau kita pergi musim LURUH!!!! macam mana dengan pengunaan
    handphone kene beli nombor sana (korea) ke?? Nak beli T-MONEY dekat mana?

    ReplyDelete
  6. next story please..!
    hehe..

    tak sabar nak tau..!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts