Berniaga goreng pisang, drive mercedes!

Ahad lepas seorang Ustaz yg tidak asing lagi iaitu Ustaz Hanafi bercerita tentang seorang peniaga goreng pisang. Peniaga ni ada 20 stall.

Setiap hari satu stall menyumbang sebanyak RM300 kepada pendapatan beliau. Anda kiralah sendiri berapa sebulan kan.
Rm300 x 30hari x 20 stall = RM180Ribu sebulan !!! Tolak gaji pekerja dan modal katalah 50% masih berbaki RM90K sebulan !!! Fuhhhh!

Lepas ni ramai lah pulak yg tinggalkan kerja dan jual goreng pisang. Tak pun buaya goreng, sebab banyak buaya dah pengsan kena tampar ! Yang ini saya tambah.

Memang ajaib sungguh pendapatan beliau. Walaupun hanya, senang cerita meniaga ‘bodoh’ la… tapi bagaimana boleh jadi sampai kuat sangat magnet dia ni?

Anda nak tahu??

KUNCI nya ada pada sedekah..tapi apa yg beliau sedekah kan?

Mengikut cerita Ust Hanafi, peniaga ni pernah gurunya beritahu supaya mengamalkan sunnah (dalam cerita sunnah menjadi penyebab Saidina Umar dan tentera Islam menang dalam perang – akan saya cerita kemudian). Jadi bijaknya peniaga yg meniaga ‘bodoh’ ni sebab dia buat sunnah yg luar biasa dengan sedekahkan 2 benda:

1) Beliau pergi ke masjid dan surau2 dan meletakkan biji2 tasbih ditulisnya PERCUMA.

2) Beliau juga meletakkan kayu sugi di tempat orang mengambil wuduk dan dituliskan PERCUMA juga.

Yang lain2, Subnallah.. dengan kuasa Allah dan berkatnya sunnah orang lain yg mengamalkan dari barang yg disedekahkan oleh beliau menjadikan pahala orang yg gunakan kayu sugi dan biji tasbih tersebut MENGALIR kepada beliau. SUBHANALLAH Alhamdulillah Allahuakbar !

Inilah dia antara bukti powernya sedekah dan power nya mengamalkan sunnah. Jadi, sesiapa yg teragak nak tanam saham akhirat tu, sebenarnya ramai yang berlumba2 untuk tanam saham akhirat ni…apa kata kita sama2 buat. Dengan cara mengejar untuk jadi Jutawan di akhirat, dengan tidak disangka2 kita jadi Jutawan didunia juga. Wallahualam.

Terima Kasih Ustaz Hanafi atas cerita yg sangat bermanfaat ini.

Source: ysfseminars.wordpress.com

Comments

  1. Subhanallah ! mmg murah rezeki dunia dan akhirat beliau...rezeki akhirat tu paling berharga, insyaAllah pahala org2 yg guna tu, dia pun dapat...terima kasih kerana berkongsi cerita ini :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts