Sebelum Lebaran.
salam.
masha allah lama betul belog ni ditinggalkan tanpa update.
syukur, selama beberapa bulan ni dah macam-macam perkara baik berlaku kat diri fie.
seriously, semunya mengajar fie lebih dewasa. (pergh ayat tak tahan)
fie baru jer start kerja balik selepas bercuti panjang.
hampir sebulan jugak tak kerja sepanjang ramadha,
kebetulan nanny kemalnani balik bercuti ke indo 2 bulan,
fie amik keputusan untuk amik terus diorang untuk fie jaga di KL.
fuh. serious cakap, memang rasa cam nak tergolek dok jaga diorang sorang-sorang.
kadang-kadang nangis jap sorang-sorang =_=*
alhamdulillah kemalnani sangat suka rumah baru kami.
mommy pun suka. keadaan kat sini tenang dan damai.
setiap kali nak keluar pergi kerja rasa releks dan tak perlu fikir banyak.
alhamdulillah. terima kasih ya allah.
sebenarnya cuti hampir sebulan secara random.
tak fikir langsung nak cuti memandangkan nak raya,
ingatkan nk kerja kuat sikit untuk cari duit raya.
tapi sebab mengenangkan anak-anak yang terpaksa pindah ke Muar 2 bulan sementara pengasuh diorg cuti,
fie terus decide amik diorg balik.
fie kesian kat anak-anak terpaksa duduk sana-sini hanya kerana
fie tak mampu nak bagi sepenuh perhatiaan oleh sebab nak focus kat kerja.
sebelum kemalnani balik ke kl, fie dah get ready pasang high speed internet UniFi
incase fie perlu bekerja dari rumah. sebelum tu jugak fie setelkan segala kerja-kerja and submission
al maklum lah, kalau ade anak-anak depan mate nih memang leceh lah nak keje cite dia,
memang nak berkepit jer 24jam.
alhamdulillah sempat lah jugak kutip duit raya sepam-dua dari agency.
so, perancangan nyer nak cari nanny/bibik, so boleh lah gi keje ngan senang hati
tapi ya, allah! bukan senang nak cari bibik, fie rase cari bini lagi senang kot HAHAHA.
macam-macam tempat dah fie try, siap tanye makcik cleaner bagai..tapi memang susah nak cari yg tanpa deposit. lagi satu takut jugak nak tinggalkan anak-anak dengan org yg tak kenal,
cite die terpaksa lah goyang kaki saja kat melayan kerenah anak-anak dan bersedia untuk menyambut raya.
fie agak risau jugak sebenarnya sebab kalau tak kerja memang takde lah gaji cerita dia
tapi before anak-anak sampai KL haritu memang banyak jugak submission fie buat. alhamdulillah.
fie setelkan segalanya sampai lepas raya. miracle habis! tah macam mana fie buat pun fie tak tau lah. kehkeh.
memandangkan musim perayaan, kampeni bagi gaji dua kali (separuh-separuh)
seriously, fie terkejut gila bila combine gaji kedua-duanya. first time dpt gaji banyak kot. pengsannn.
sebelum ni takat dua-tiga ribu jer. tapi penangan nak raya kot. hee
ya allah alhamdulillah.
fie sgt suka kerja nih, memang mula-mula agak susah jugak bila kita ada terlalu banyak tanggungjawab, banyak benda nak fikir, memang kita tak boleh nak buat. sebab semuanya jadi susah. ini tak boleh, itu tak boleh, lagi-lagi orang yang jenis perfectionist & complicated mcm fie nih, selagi tak lengkap, selagi tuh lah kerja tak gerak2. huh.
tapi, pelan-pelan fie belajar.
start dari tak ada apa-apa, steady, gunakan apa yang ada, tak yah nak complicated sangat dalam hidup nih
dan yang paling penting TENANG.
TENANG AJE :)
bile kita tenang semua datang sendiri. serious cakap.
Comments
Post a Comment