2014 : ctrl + alt + delete
salam alaik.
lama betulkan fie tak merepek kat sini, basically fie sangat-sangat busy. dengan kerja dan pengembaraan. banyak sebenarnya tempat yg fie dah pergi sepanjang fie tak menulis ni.
seriously, nak menangkap masa tu allah aje yg tahu challenge dia haaa.
bagi fie,
2014 ini tahun berdikari.
tahun belajar erti jadi bistari.
tahun yang mana,
kau struggle sorang-sorang.
kau rasa kau tak perlu tulang belakang.
(rasanya macam nak mampus)
tergolek tak siapa pandang tapi kau terus tak lagi pandang belakang
tapi masih ada yg hulur tangan ikhlas buat bekal berjuang.
tahun yang mana,
awalnya kau penakut,
tapi akhirnya kau beranikan juga walau kabut.
tahun yang mana,
kau kenal diri kau siapa.
kau realised sekeliling yg kau punya,
yang mana akan sentiasa ada,
yang mana pergi saat kau rasa diri kau tak guna.
yang mana pula hanya ada sekali-sekala buat syarat bila mana kau perlu, mereka boleh guna.
yang mana kau rasa mereka akan kekal lama, tapi hilang begitu saja.
tahun yang mana,
kau kenal realiti dunia.
baru kau padan muka!
kau belajar buat hutang untuk bayar hutang. (haha.)
kau korek sana sini bayar hutang keliling pinggang.
kau naik sendiri sikit-sikit tak susahkan orang.
(kahkahkah..akhirnya sikit lagi nak financial freedom walau hidup terlanjang!)
tahun yang mana,
kau dapat penumbuk sepak henyak jantan tak guna.
yang kau ingat dah berubah, tapi same aja.
yang kau ingat dah berubah, tapi same aja.
dua-dua mulut celaka.
kau dapat kata nista keji segala. sundal, katanya.
kau dapat lamaran dari lelaki yang sama.
dia bagi kau bunga.
dia janji kau bahagia.
dia bagi kau bunga.
dia janji kau bahagia.
kau tahu hati kau dah tak sama.
kau tahu kau boleh hidup tak ada dia.
bukan kau tak syukur nikmat yg ada.
tapi kau tak mahu kufur belakang dia.
lagi pun,
hati kau sebenar dah ada yg cuba risik kabarnya :)
lagi pun,
hati kau sebenar dah ada yg cuba risik kabarnya :)
pilihan banyak. Masa pun banyak.
Pilih terbaik apa adanya
hehe.
Pilih terbaik apa adanya
hehe.
tahun yang mana,
kau pandai sikit guna otak
yang dah lama tak bukak.
yang mana selama ni kau pekak,
orang tekan, kau cetak.
sekarang, kau nak apa, kau kena merangkak.
tak ape. asalkan kau tak perlu dengar orang melalak. memekak.
tahun yang mana,
kau rasa kau mampu hidup seorang dan tanggung segala beban dunia.
kau lepaskan segala simpulan yang buat kau sesak dada.
kau belajar memaafkan walau hati kau luka.
tahun yang mana,
kau ganti duka dengan ceria.
kau dah tahu “rahsia” nya
kau belajar selok belok nak menang
yang mana satu worth kau simpan,
yang mana patut kau tendang.
kau tak heran apa orang kata
kau terus bina empire
tahun yang mana,
kau sedar:
kau sedar:
kau tak perlu kejar "cinta dunia”,
sebab bila kau cari cinta Dia,
apa kau ingin, datang kejar kau semula :)
...
tahun yg mana,
paling kelakar kau pernah ada.
seribu kali kau give up,
seribu satu semula kau wake up.
….
dah masanya kau lose some “weigh"
berat-berat buat ape? buang masa. buang tenaga.
rules newton ke 3:
"kau kena buang sikit"
...
ctrl + alt + delete.
Comments
Post a Comment