Cerita lebai ketayap dengan sampan

Cerita LEBAI KETAYAP DENGAN SAMPAN.

Di sebuah kampung terletak di Pantai timur Semenanjung Malaysia, ada seorang Yg alim ulama siang malam Solat 5 waktu X pernah tinggal, Mulut basah berzikir kpd Allah, Sejadah sentisa dibahu beliau,, tasbih di tangan, berketayap kepalanya

Beliau dikenali dgn panggilan SI LEBAI Ketayap

di kampung yg sama, juga ada seorg budak nakal yg selalu mengusik pak lebai setiap hari ketika beliau hendak kesurau. Budin namanya.

Punye lah nakal dak budin, kadang disorokkan selipa si lebai ni masa di masjid & bocorkan Tayar Basikal Si Lebai ketayap

Budin..budin.

Satu hari kampung itu dilanda banjir yg besar & dasyat!! Air naik sehingga boleh mendayung Sampan! Pak lebai ketayap terperangkap dek banjir yang naik sangat pantas.

Kebetulan,, #budaknakal ni ada Perahu milik bapaknyer,, waktu subuh ketika Budin si nakal mendayung ke surau, dia melintas depan Rumah si LEBAI ketayap, lalu Budin meng-offer diri utk selamatkan Pak Lebai Ketayap.

Budin: Lebai,, meh la naik perahu saya !
Kang tenggelam pulak ,, Air dh semakin naik ni.
Pak Lebai: Aku takkan tinggalkan rumah ini,, kita kan ada TUHAN,, doa ajelah.engkau tu pegi solat jd mcm aku ni tak pernah tinggalkan solat!
Budin pun chow. Malas dia nk dengar ceramah tgh banjir2 ni.

Semakin lama, air makin naik sampailah ke tangga rumah.
Waktu Zohor, Budin lalu lagi dpn rumah Pak Lebai..lagi sekali dioffer selamatkan Pak lebai

Budin: Lebai ,,meh la naik perahu saya !
Air dah sampai tangga tu..
Pak Lebai: Aku Xkan tinggalkn RUMAH ini,,kau jgn pedulikan aku . Budin pun berlalu.

Masuk WAKTU ASAR, air dah naik sampai bumbung, Budin masih lagi nk selamatkan Pak Lebai.
Budin: Lebai ,meh la naik perahu saya !
Dah hujung dah tu..mari ler..
Pak Lebai : berape kali aku nk kena cakap dgn kau ni? jgn sebok hal aku. Kita kan ada tuhan, DOA jer lah kat tuhan, kalau kau nak sgt selamatkan aku..pegi solat sana tu, doakan tuhan selamatkan aku.
Budin pun berlalu dgn perasaan yg berat.

Akhirnya pak Lebai MATI TENGGELAM BERSAMA RUMAHNYA dlm kejadian banjir itu.

Masa Pak Lebai bertemu dgn Tuhan,,dia bertanyakan soalan pd tauhan
"apa salah aku Ya Allah,,mengapa kau tidak SELAMATKAN aku,,walhal,,Hidupku hanya buat amal kebajikan &ibadat kpd mu?"

Lalu,,Allah menjawab:
Wahai Lebai, jgn kau bilang begitu. Aku telah menggerakkan HATI seorang budak yg nakal itu kpd mu untuk menyelamatkan mu & aku telah gerak kan bukan sekali, tapi 3 kali! 3 peluang engkau sia-siakan begitu saja!
Engkau Sombong & bongkak,
Engkau sombong terhadap budak itu ingin membantu mu!
Engkau sombong dgn kedudukanmu yg "alim" itu engkau sombong utk membuka hatimu kepada peluang yg ada.

Pak lebai ketayap mati dalam keadaan terkesima. Nyata dia dpt petunjuk tapi sudah terlewat.

========================================

Moral of the story:
Aku nampak dua pengajaran dlm cerita ni.

1)) "Doa sahaja tak cukup" alim sahaja tak ada guna. Semua benda kena ada gabungan action dan doa!

2)) "Tuhan tu dah tunjuk kat kau, dia dah bukakan jalan utk kau tapi engkau yg buta hati, butakan mata dr reality dan tak mahu belajar menerima"
kalau benda yg kau buat tu tak ade hasil, jgn duk kat tang tu aje.kau ada choices .kau tak tau peluang (rezeki) kau kat mana. Buat aje lah apa boleh buat. Buat sampai jalan terakhir, sampai kau nampak kejayaan, bukan diam duduk saja. Menunggu tak dapat apa.

Ok ke ok?
Renung-renungkan dan selamat beramal





Jom berubah.
WA +6011-34598808




Comments

Popular Posts